ARTIKEL

Covid-19: 12 daerah berstatus merah hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini melaporkan dua daerah iaitu Bau dan Serian telah bertukar status dari jingga ke status merah menjadikan 12 daerah keseluruhannya yang berstatus merah di negeri ini.

Menurut JPBNS, Daerah Bau dan Serian bertukar ke merah susulan 41 dan 42 kes jangkitan tempatan baharu yang direkodkan di kedua-dua daerah itu dalam tempoh 14 hari lepas.

10 daerah lainnya ialah Daerah Subis, Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu dengan jumlah keseluruhan 2,604 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu kekal merah..

“Sementara itu, Daerah Samarahan dan Song hari ini telah bertukar status dari kuning kepada jingga.

“Kedua-dua daerah tersebut merekodkan 21 dan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” tambahnya.

JPBNS turut memaklumkan bahawa Daerah Kanowit, Sarikei, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 100 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari.

Jelas kenyataan itu lagi, Daerah Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Mukah, Pusa,
Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 96 kes jangkitan tempatan dilaporkan.

Tambahnya lagi, 11 daerah lain kekal berstatus hijau.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha