ARTIKEL

Covid-19: 2 kematian, 120 positif di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua kes kematian baharu direkodkan di Sarawak hari ini, melibatkan jangkitan Covid-19 di Sibu.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 30 kes.
Katanya kes kematian Ke-29 merupakan kes ke-2,855 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 24 Januari 2021 disebabkan kesukaran pernafasan dan telah diintubasi bagi bantuan pernafasan.
“Saringan ujian rT-PCR adalah positif Covid-19. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Januari 2021 jam 1.51 pagi di Hospital Sibu.
“Kes ini juga mempunyai ko-morbid iaitu penyakit darah tinggi, obesiti dan penyakit paru-paru kronik (COPD),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Manakala, katanya kes kematian ke-30 merupakan kes ke-2,672 merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 52 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 19 Januari 2021 disebabkan kesukaran pernafasan akibat lebihan air dalam badan punca daripada ko-mobid penyakit buah pinggang kronik.
Kenyataan itu menambah saringan ujian rt-PCR Covid-19 di hospital adalah positif.
“Kes telah disahkan meninggal dunia pada 25 Januari 2021 jam 8.14 pagi di Hospital Sibu.
“Kes ini juga mempunyai komorbid iaitu penyakit darah tinggi, dislipidemia dan kencing manis,” katanya.
Dalam pada itu, katanya terdapat 120 kes positif Covid-19 dikesan iaitu di Sibu (52), Subis (11), Miri (10), Dalat (9), Bintulu (9), Kanowit (6), Samarahan (5), Julau (5), Song (3), Kuching (2), Kapit (2), Sarikei (1), Pakan (1), Selangau (1), Lubok Antu (1), Telang Usan (1) dan Serian (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 3,499 kes.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha