ARTIKEL

Covid-19: 211 kes discaj, 2,367 kes masih dalam rawatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 211 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS berkata, jumlah keseluruhan yang pulih dan dibenarkan discaj di negeri ini meningkat kepada 10,197 kes atau 80.28 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

Katanya lagi, sebanyak 60 kes telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Sibu, PKRC Betong (35), Hospital Miri (34), Hospital Bintulu (28), Hospital Umum Sarawak (27), Hospital Sarikei (17), PKRC di bawah Hospital Kapit (5), PKRC Mukah (3) dan PKRC Sri Aman (2).

“Jumlah kes aktif yang masih mendapatkan rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah 2,367 orang. “Hari ini, 256 individu bawah siasatan (PUI baharu telah dilaporkan dan dua PUI masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha