ARTIKEL

Covid-19: 2,457 kes aktif 137 discaj di seluruh Sarawak hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak hari ini melaporkan 137 kes pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, jumlah keseluruhan yang telah pulih dan discaj adalah seramai 9,124 orang atau 77.92 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini.

Menurutnya, sebanyak 40 kes pulih dan discaj adalah dari Hospital Bintulu diikuti Hospital Sibu (28), Hospital Umum Sarawak (23), Hospital Miri (17), Hospital Kapit (16), PKRC Betong (7), dan Hospital Sarikei (6).

“Sebanyak 2,457 kes aktif masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital.

“Dari jumlah tersebut, sebanyak 949 kes masih menerima rawatan di Hospital Sibu dan PKRC di Sibu, Hospital Miri dan PKRC di Miri (367), Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching (310),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sebanyak 297 kes masih menerima rawatan di Hospital Bintulu dan PKRC di ,Bintulu manakala Hospital Betong dan PKRC di Betong (187), Hospital Kapit dan PKRC Kapit (181), Hospital Sarikei dan PKRC di Sarikei (130), Hospital Sri Aman dan PKRC Sri Aman (19), PKRC Mukah (10) dan tujuh kes di PKRC Serian.

JPBNS turut memaklumkan seramai 199 individu bawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha