RIYADH: Lebih 50 juta hilang pekerjaan di negara Arab di Timur Tengah khususnya yang terlibat di sektor pelancongan. Lapangan kerja yang menerima padah itu melibatkan sekitar 12 hingga 14 peratus daripada bidang pekerjaan di dunia Arab.
Dana Kewangan Arab (AMF) menyatakan, negara paling terimpak virus korona ialah Arab Saudi, diikuti Emiriyah Arab Bersatu (UEA), Mesir, Tunisia, Maghribi dan Palestin.
Industri pelancongan dikatakan salah satu sektor ekonomi paling aktif mendapat kesan langsung wabak Covid-19 akibat sekatan perjalanan dikuat kuasa di seluruh dunia.
Menurut AMF pendapatan pelancongan di negara Arab mencapai AS$313.6 bilion (RM1.339 trilion) pada 2019 berbanding AS$281.5 bilion (RM1.201 trilion) pada 2018. Jumlah itu sekitar 11.4 peratus daripada produk domestik dunia Arab yang mampu memberi impak ketika industri menyusut akibat pandemik Covid-19.
Pandemik kini menjadi isu global, tidak hanya di dunia Arab dengan vaksin belum lagi ditemui.