KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 587 kes baharu Covid-19, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif setakat hari ini sejumlah 235,802.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 576 kes adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala 11 kes merupakan kategori 3, 4 dan 5.
“Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi iaitu 156, diikuti oleh Miri (120); Sibu (84); Bintulu (32); Limbang (32); Sarikei (17); Serian (16); Samarahan (14); dan Betong (10).
“Manakala sembilan kes di Simunjan dan Dalat; Tanjung Manis (8); Meradong (8); Mukah (7); Subis (7); Kapit (6); Bau (5); Pusa (5); Kanowit (5); Saratok (4); Lundu (4); Kabong (4); Telang Usan (4); Beluru (4); Sri Aman (3); Bukit Mabong (3); Marudi (2); Matu (2); dan masing-masing satu kes di Song, Asajaya, Pakan dan Sebauh,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, JPBN mendedahkan terdapat 15 kes kematian direkodkan di negeri ini dari 15 hingga 22 Oktober melibatkan mangsa masing-masing berusia 37 hingga 95 tahun.
Pada masa sama, JPBN memberitahu tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini dan dua kluster tamat iaitu kluster KM 20 Jalan Betong dan Kluster Julin Dabai, Marudi.