ARTIKEL

Covid-19: 98 kes baharu, dua kematian di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sebanyak 98 kes Covid-19, dengan dua kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 42 kes adalah kategori 1, 51 kes merupakan kategori 2 manakala lima lagi adalah kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 34, diikuti Miri (17), Sibu (12), Lawas (10), Bintulu (7), Dalat (5), Samarahan (4),

“Manakala dua kes di Limbang, Kanowit dan Kapit serta masing-masing satu kes di Matu, Song dan Asajaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, dua kes kematian dicatatkan pada 26 hingga 27 November lepas melibatkan warga emas berusia 78 dan 79 tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU