ARTIKEL

Covid-19: Adun Samalaju serah sumbangan makanan, minuman kepada PDRM Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan pasukan barisan hadapan dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi turut memberikan sumbangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)Daerah Bintulu.

Sumbangan berupa barangan makanan dan minuman itu disampaikan sendiri oleh Majang kepada Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, di sini.

Beliau berharap sumbangan tidak seberapa itu sedikit sebanyak dapat membakar semangat pasukan barisan hadapan terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan j RELA yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Kata ADUN Samalaju itu lagi, beliau amat menghargai dan berterima kasih terhadap segala dan usaha keras pasukan keselamatan termasuk kesihatan dalam usaha mereka mengekang ancaman wabak Covid-19.

“Kita faham akan tugas yang dipikul khususnya pihak keselamatan, kesihatan dan sebagainya yang berdepan dengan keadaan kritikal ancaman Covid-19,” katanya.

Pada masa yang sama, Majang menyeru seluruh anggota masyarakat khususnya di Bintulu untuk memberikan kerjasama padu terhadap usaha kerajaan dengan mematuhi perintah pergerakan.

Majang menyampaikan sumbangan kepada Superintenden Zulkipli.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha