ARTIKEL

Covid-19: Amalkan kawalan kendiri – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menasihatkan rakyat supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata walaupun statistik peningkatan jangkitan COVID-19 yang dilaporkan adalah pada tahap ringan, namun langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman tetap perlu diberikan perhatian.

“Saya ingin menasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan kawalan kendiri seperti kerap mencuci tangan dan menggunakan cecair pensanitasi tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus ini kepada diri anda dan juga keluarga.

“Semoga seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada musibah penyakit COVID-19 ini, insya-Allah,” katanya.

Pada Ahad lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata sebanyak 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan