ARTIKEL

Covid-19: Daerah hijau berkurang, Lundu kini berstatus kuning

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya tinggal 10 daerah di Sarawak yang berstatus hijau selepas Lundu bertukar status kuning hari ini setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kes tersebut merupakan saringan individu bergejala serta kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dalam Kluster Pasai.
“Sementara tujuh daerah di negeri ini kekal berstatus merah iaitu Dalat, Bintulu, Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching dengan sejumlah 1,696 kes jangkitan tempatan dicatatkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Sarikei, Subis, Betong dan Song juga kekal berstatus jingga dengan 109 kes,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.
Tambah JPBNS, daerah yang kekal berstatus kuning adalah Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Bau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman dengan jumlah keseluruhan 103 kes jangkitan tempatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha