ARTIKEL

Covid-19: Daerah Tatau kembali berstatus Hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Tatau di Bahagian Bintulu telah kembali ke status Hijau hari ini, setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daerah Mukah pula telah bertukar status kepada Kuning setelah mencatatkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.

Katanya, daerah Selangau pula telah bertukar kepada status Merah setelah merekodkan sejumlah 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Kanowit, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,542 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sembilan buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Julau, Subis, Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 179 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam sidang media perkembangan harian Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan, daerah Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Sarikei, Lundu, Saratok, Sebauh, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 90 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Sehubungan itu, 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha