ARTIKEL

Covid-19: Dua kematian, 83 kes positif baharu hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua warga emas wanita menjadi korban terbaharu Covid-19 di Sarawak hari ini, menjadikan keseluruhan kematian di negeri ini meningkat kepada 58 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kematian ke-57 melibatkan wanita berusia 66 tahun di dan mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

“Sementara kematian seterusnya merupakan wanita tempatan berusia 79 tahun di Hospital Bintulu dan turut mempunyai penyakit darah tinggi serta kencing manis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan Sarawak hari ini mencatatkan 83 kes positif Covid-19, menjadikan sejumlah 6,273 kes direkodkan.

“Sibu kekal melaporkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 44 kes, Miri (9), Bintulu (7), Beluru (5), Kapit (5), Selangau (5), Julau (4), Samarahan (2), Lundu (1) dan Meradong (1),” ujar kenyataan itu.

Tambah JPBNS, hari ini kekal 16 kluster aktif di Sarawak dengan Kluster Nanga Julau merekodkan dua kes positif, Kluster Seruas Beluru (5), Kluster Jun Heng Bintulu (3), Kluster Bintang Daily Meradong (1) dan Kluster Pasai Sibu (5), manakala lain-lain kluster tiada kes baharu.

“Terdapat 168 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, sementara kes aktif yang masih dan mendapat rawatan sejumlah 1,749 orang.

“Sebanyak 131 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan 24 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambah kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan