ARTIKEL

Covid-19: Dua kematian di Sibu, 200 kes baharu di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan 200 kes baharu jangkitan Covid-19 dan dua kematian baharu di daerah Sibu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 7,425 kes manakala 67 kes kematian dicatatkan.

“Daripada jumlah tersebut, daerah Sibu terus melaporkan kes tertinggi dengan iaitu sebanyak 120 diikuti Kanowit (22), Kuching (17), Sebauh (11), Bukit Mabong (11), Kapit (4), Miri (4), Sri Aman (4), Bau (3), Bintulu (1), Betong (1), Julau (1) dan Subis (1),” katanya menerusi kenyataan media perkembangan Covid-19, hari ini.

Mengulas mengenai dua kematian baharu, JPBNS mendedahkan bahawa kes kematian ke-66 merupakan kes ke-5,501 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia semalam. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan bahawa kes kematian ke-67 adalah daripada Kluster Pasai.

“Kes kematian ini merupakan kes ke-5,883 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 66 tahun dan telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

“Setelah dikesan positif 8 Februari lalu, keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia semalam. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia,” jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, seramai 263 PUI baharu telah dilaporkan dan tiga PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha