ARTIKEL

Covid-19: Dua lagi kes kematian dilaporkan ini meningkat kepada 105 kes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua kes kematian baharu Covid-19 direkodkan di Sarawak, hari ini dan sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 105 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes kematian ke-104 merupakan kes positif ke-12,017 melibatkan seorang wanita rakyat Sarawak berumur 62 tahun.

“Kes telah mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas dan mula  batuk bergejala beberapa hari lepas. 

“Ujian saringan rT-PCR kes adalah positif pada 11 Mac dan keadaan kesihatan kes didapati merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 28 Mac lalu. 

“Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, kes kematian ke-105 atau kes positif ke-12,994 adalah seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 51 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Bintulu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mac 2021

BERITA LAIN

Tiong: Pengorbanan warga kesihatan perlu dihargai

BINTULU: Pengorbanan warga kesihatan yang bertugas tanpa mengira waktu demi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada masyarakat perlu dihargai, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri

BERITA TERBARU

Tiong: Pengorbanan warga kesihatan perlu dihargai

BINTULU: Pengorbanan warga kesihatan yang bertugas tanpa mengira waktu demi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada masyarakat perlu dihargai, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri