ARTIKEL

Covid-19: Dua lagi korban dilaporkan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lagi warga emas di Sibu menjadi mangsa kematian baharu Covid-19 di Sarawak hari ini, dan sekali gus menjadikan jumlah kematian di negeri ini meningkat kepada 101 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes kematian ke-100 merupakan kes positif ke-9,605 yang melibatkan seorang wanita warga emas, rakyat tempatan berusia 72 tahun.

“Kes telah menerima rawatan di Hospital Sibu apabila ujian bagi saringan bergejala Covid-19 dengan rT-PCR adalah positif pada 28 Februari lalu.

“Namun keadaan kesihatan kes didapati merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 24 Mac dan kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan asma,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, kes kematian ke-101 pula adalah kes positif ke-14,314
melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 88 tahun.

“Kes telah mendapat rawatan dan saringan ujian Covid-19 di Hospital Sibu kerana merupakan kontak kepada kes positif.

“Kes adalah ADL dependent iaitu mereka memerlukan bantuan sepenuhnya dalam aktiviti kehidupan harian mereka.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac lalu, serta mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipedimia,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha