KUCHING: Empat daerah di Sarawak bertukar status baharu apabila kes positif Covid-19 dikesan di daerah tersebut dalam tempoh 14 hari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daerah Dalat bertukar dari status jingga kepada merah setelah mencatatkan sejumlah 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Song bertukar dari status hijau kepada jingga setelah mencatatkan sejumlah 27 kes jangkitan tempatan dalam tempoh yang sama.
“Manakala daerah Betong turut bertukar status kuning ke jingga apabila sejumlah 28 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, daerah Tatau pula bertukar status dari hijau kepada kuning setelah satu kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Kuching, Sibu, Miri, Beluru dan Kanowit kekal berstatus merah dengan 1,662 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Bintulu dan Sebauh juga kekal berstatus jingga dengan 70 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” jelasnya.
Uggah menambah, daerah Bukit Mabong, Bau, Pakan, Serian, Subis, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan, Sri Aman kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 81 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas manakala 12 daerah yang lain kekal berstatus Hijau.

Askar cedera di muka, motosikal rempuh kereta
SIBU: Seorang penunggang motosikal cedera di muka selepas merempuh sebuah