ARTIKEL

Covid-19: Jangkitan kedua mungkin lebih parah – Kajian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS: Pesakit Covid-19 mungkin mengalami simptom yang lebih teruk jika mendapat jangkitan untuk kali kedua, menurut penyelidikan yang dikeluarkan pada Selasa yang mengesahkan terdapat kemungkinan pesakit boleh dijangkiti wabak itu lebih daripada sekali.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases merekodkan kes pertama jangkitan semula Covid-19 di AS, dan menyatakan pendedahan kepada virus maut itu mungkin tidak menjamin kekebalan pada masa depan.

Pesakit lelaki Nevada berusia 25 tahun, dijangkiti dengan dua varian SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, dalam jangka masa 48 hari.

Jangkitan kedua lebih teruk daripada yang pertama, menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital dengan sokongan oksigen.

Kajian itu turut mencatatkan empat kes jangkitan semula yang disahkan di seluruh dunia, masing-masing satu pesakit di Belgium, Belanda, Hong Kong dan Ecuador.

Para pakar mengatakan, prospek jangkitan semula dapat memberi kesan yang mendalam terhadap bagaimana dunia memerangi pandemik tersebut.

Secara khusus, ia boleh mempengaruhi pencarian vaksin yang kini dalam penyelidikan farmasi Holy Grail.

“Kemungkinan jangkitan semula boleh memberi implikasi penting bagi pemahaman kita berkaitan imuniti Covid-19, terutama jika tiada vaksin yang berkesan,” kata penulis kajian utama untuk Makmal Kesihatan Awam Negeri Nevada, Mark Pandori.

“Kita memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk memahami berapa lama imuniti dapat bertahan bagi orang yang terdedah kepada SARS-CoV-2 dan penyebab beberapa jangkitan kedua ini semakin parah, walaupun ia jarang berlaku.” – AFP

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan