ARTIKEL

Covid-19: Kes harian semakin menurun, Sarawak catat 292 kes baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 292 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 248,836 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 112 kes adalah Kategori 1, 175 kes merupakan Kategori 2, manakala lima kes dalam Kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 119, diikuti Miri (34), Bintulu (29), Sibu (23), Serian (18), Limbang (16) dan Simunjan (8).

“Manakala sebanyak tujuh kes di Lawas, diikuti Samarahan (4), Sri Aman (4), Bau (4), Saratok (3), Dalat (3), Tebedu (3), Mukah (2), Lundu (2), Kanowit (2), Subis (2) dan masing-masing satu kes di Kapit, Meradong, Song, Asajaya, Betong, Selangau, Matu, Tatau dan Bukit Mabong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada 17 November lalu yang melibatkan warga tua berusia antara 53 hingga 91 tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan