ARTIKEL

Covid-19: Kluster Melor, Pusa, kluster terbaru dilaporkan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Melor, Pusa diisytiharkan di Sarawak hari ini. Kluster tersebut melibatkan komuniti yang dikesan di Lorong Melor di Kampung Beladin, di Daerah Pusa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kes indeks kepada kluster ini adalah seorang wanita tempatan (Sarawak) berumur 23 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 24 Februari lalu.

“Hasil pengesanan dan saringan ke atas semua kontak rapat kepada kes indeks ini, tambahan 13 kes positif COVID-19 telah dikesan.

“Jangkitan merebak berlaku dipercayai melalui pergaulan rapat dan aktiviti solat berjemaah di surau kampung tersebut,” jelas JPBNS dalam kenyataan.

Jawatankuasa itu memberitahu, sehingga 10 Mac, seramai 335 individu telah disaring di mana 14 kes telah dikesan positif, 301 individu negatif manakala 20 individu masih menunggu keputusan.

Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan jumlah keseluruhan Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 11,710 kes setelah merekodkan sebanyak 199 kes baharu hari ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mac 2021

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha