ARTIKEL

COVID-19, kurang pekerja punca Hospital Sri Aman belum siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Hospital baharu Sri Aman bernilai RM180.8 juta yang dijadualkan beroperasi pada Jun tahun depan, ditangguhkan sekurang-kurangnya selama enam bulan lagi disebabkan beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan, kata Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang semalam.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan hospital berkenaan kini 83 peratus siap dan antara sebab penangguhan tersebut termasuk pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja pembinaan tidak dapat dijalankan selama empat bulan serta 500 pekerja asing dari China dan Indonesia telah kembali ke negara masing-masing.

“Sekarang kontraktor terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pekerja tempatan yang bukan mudah mendapatkannya. Mereka memanggil 290 pekerja tempatan tetapi hanya 82 orang yang datang bekerja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan itu hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kontraktor berkenaan telah memberi jaminan kepadanya bahawa projek tersebut akan siap pada Februari tahun depan.

Kerja pembinaan hospital yang akan dilengkapi 1,310 bilik dan 108 katil itu, bermula pada 2016.

Hospital berkenaan berpotensi menjadi kemudahan kesihatan utama untuk penduduk di kawasan sekitar termasuk Lubuk Antu, Simunjan dan Betong.

Projek tersebut diluluskan pada 2007 dengan fasa pertama kerja-kerja pembersihan dan pemasangan cerucuk di kawasan seluas 20.6 hektar itu selesai pada Ogos 2013.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah