ARTIKEL

Covid-19: Lima kes positif baharu di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan lima kes positif Covid-19 baharu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tiga kes adalah dari Samarahan, satu kes masing-masing di Kuching dan Sibu.

“Daerah-daerah lain tiada kes dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, hari ini.

Sementara, Uggah yang juga pengerusi JPBN Sarawak berkata 11 kes telah sembuh dan discaj dari hospital.

Katanya kesemua kes tersebut adalah dari Hospital Umum Sarawak.

Beliau menambah terdapat penambahan satu kes yang melibatkan Petugas Kesihatan Kuching, menjadikan jumlah seramai 58 orang Petugas Kesihatan Kuching telah disahkan positif Covid-19.

“Seramai 22 daripada mereka merupakan sebahagian daripada Kluster Persidangan Kuching dan baki 36 orang adalah mereka yang melibatkan kluster-kluster kecil,” katanya.

Manakala bagi bilangan individu dalam siasatan (PUI), Uggah berkata sebanyak 73 kes direkodkan hari ini.

“Jumlah PUI yang masih menunggu keputusan makmal adalah sebanyak 182 kes,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha