Trending

Covid-19: Pengangguran cecah 778,800 orang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENANGAN wabak Covid-19 memberikan kesan mendalam kepada rakyat di seluruh dunia. Tidak dinafikan ia telah menggegarkan rakyat global dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial.

Masalah besar yang ditanggung setiap negara ialah isu ekonomi yang berkaitan dengan peluang pekerjaan. Hakikatnya, masalah pengangguran berlaku di setiap negara sekarang ini.

Sejauh manakah rakyat kita bersedia menghadapinya? Kini kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga 31 Ogos depan, demi memulihkan ekonomi negara selepas PKP dan PKPB. Serangan wabak Covid-19 telah menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk dan akibatnya ramai yang diberhentikan kerja.

Nasib anak muda pula dilihat kelam dengan berdepan kemungkinan diberhentikan kerja pada bila-bila masa. Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negara ini melonjak kepada lima peratus iaitu sebanyak 778,800 orang pada April lalu.

Menerusi Survei Tenaga Buruh (STB), angka tersebut merupakan peningkatan 48.8 peratus, berbanding tahun sebelumnya. Penutupan operasi bagi sebahagian besar perniagaan semasa PKP yang dilanjutkan hingga April telah memberi kesan terhadap kehilangan pekerjaan dan menyebabkan pencari kerja sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Malah pada April lalu dilaporkan, penduduk bekerja menurun 156,400 orang, iaitu penurunan satu peratus dari tahun ke tahun kepada 14.93 juta orang.

Penduduk bekerja yang paling terjejas ialah di sektor pembuatan dan perkhidmatan iaitu penginapan dan makanan dan minuman, kesenian, hiburan, rekreasi dan perkhidmatan lain seperti pusat kecantikan dan salon.

Untuk rekod, dari segi bulan ke bulan, jumlah penduduk bekerja menurun 299,000 iaitu penurunan dua peratus berbanding bulan sebelumnya, Mac iaitu 15.23 juta orang. Masalah pengangguran merupakan isu serius dan perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh mengundang masalah sosial lain yang lebih besar.

Kehilangan pekerjaan ketika krisis ekonomi pasti akan memberikan kesan yang sangat besar kepada individu. Keadaan yang terdesak memungkinkan peningkatan masalah sosial dan kadar jenayah bakal berlaku. Jika keadaan ini berlaku, maka rakyat pastinya hidup dalam keadaan yang sentiasa tertekan dan resah.

Inisiatif Kerajaan Perikatan Nasional melalui Penjana diharap memberi manfaat kepada kira-kira tiga juta tenaga kerja melalui beberapa pelan perancangan yang komprehensif. Insentif yang disediakan kepada majikan diharapkan dapat mengekalkan pekerja sedia ada serta mengambil pekerja baharu.

Keadaan ini diharapkan memberi nafas baharu kepada golongan belia dan membuka peluang kepada anak muda yang baharu menamatkan alam pendidikan tinggi.

Antara inisiatif yang memberi kesan secara langsung kepada penganggur dan belia ialah Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion. Majikan atau syarikat akan menerima insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei

Bangkit penuh dramatik

SELEPAS ketinggalan 1-3 kepada Republik Kyrgyz atau Kyrgyzstan Khamis lepas,

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru