KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 299 kes harian positif Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 247, 380.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 292 kes adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala tujuh kes tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5.
“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 90 kes, diikuti Miri (54), Sibu (37), Bintulu (16), Limbang (12), Serian (10), Bau (10), Betong (9), Kapit (8), Lundu (7), Samarahan (7), Tanjung Manis (4), Daro (4), Simunjan (4), Sri Aman (4), Sarikei (4), Subis (3), Saratok (2), Song (2) dan Asajaya (2).
“Manakala, Pusa merekodkan dua kes dan Meradong, Kanowit, Belaga, Dalat, Marudi, Bukit Mabong, Beluru serta Lubok Antu masing-masing satu kes.
Dalam perkembangan yang sama, JPBN memaklumkan terdapat enam kes kematian sehingga 14 November iaitu tiga kes di bahagian Kuching, dua kes di Sibu dan satu kes di Limbang.
Sementara, tiada kluster baharu diisytiharkan setakat hari ini menjadikan hanya 11 kluster sahaja yang masih aktif di negeri ini.
Menerusi kenyataan yang sama JPBN memberitahu, dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Tembok Limbang, Limbang dan Kluster Jalan Matang, Kuching.


