ARTIKEL

Covid-19: Sarawak rekod 418 kes positif, enam kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan sebanyak 418 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 246,682 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 403 kes adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala 15 kes tergolong dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 150 kes, diikuti Miri (78), Sibu (38), Serian (36), Bintulu (13), Dalat (10), Sri Aman (9), Mukah (8), Betong (8), Tanjung Manis (7), Kanowit (7), Subis (6), Samarahan (5) dan Selangau (5).

“Seterusnya, Tebedu dan Bau masing-masing empat kes, Lundu (3), Kapit (3), Pusa (3), Simunjan (3), Sarikei (3), Tatau (3), Limbang (2), Daro (2), Lubok Antu (2), Marudi (2), Kabong (2), Song (1) dan Beluru (1),” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Bagi kes kematian kata JPBN, ia melibatkan dua kes di Kuching, dua di Sibu dan masing-masing satu kes di Sri Aman dan Mukah.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan satu Kluster ditamatkan iaitu kluster Mundai, Serian.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha