ARTIKEL

Covid-19: satu kluster Baharu, satu kluster diisytihar tamat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu lagi kluster baharu diisytiharkan hari ini, iaitu Kluster Rajang, di Tanjung Manis, Mukah.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kluster Rajang merupakan satu kluster komuniti yang telah dikesan di Kampung Rajang.

Kata JPBNS, perebakan jangkitan Covid-19 melibatkan kluster ini berpunca daripada satu majlis pengebumian dan kenduri tahlil yang diadakan di kampung tersebut pada 1 hingga 3 Mac lalu.

“Kluster ini juga dikategorikan sebagai kluster komuniti yang melibatkan pergerakan rentas daerah yang melibatkan kes indeks dari Darah Sarikei. “Kes indeks iaitu kes ke-11,463, seorang perempuan warga tempatan (Sarawak), berumur 55 tahun yang telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 pada 4 Mac lalu di Daerah Sarikei,” kata jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan.

Katanya, kluster ini telah melibatkan individu dan kontak dari Daerah Tanjung Manis, Daerah Sarikei dan Daerah Kuching.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Mac 2021

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha