KUCHING: Cuaca panas dijangka terus melanda Sarawak dalam tempoh minggu ini, dengan suhu maksimum mencecah 33 darjah Celcius.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiada hujan dijangka berlaku sehingga 22 April.
Namun, ribut petir diramal di satu dua tempat di kawasan pedalaman.
Sementara, berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), jerebu turut dikesan di seluruh Sarawak namun masih pada paras sederhana.
Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka agar tidak memburukkan lagi keadaan.



