ARTIKEL

Op Selamat 22 yang dijalankan oleh IPD Sri Aman. Kredit FB IPD Sri Aman.

Cuai, lalai antara punca kemalangan jalan raya di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 354 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Sarawak sepanjang pelaksanaan Op Selamat 22 sempena Perayaan Aidilfitri 2024 pada 8 hingga 13 April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 29 kes bersamaan 8.9 peratus berbanding Op Selamat 20 yang diadakan tahun lepas.

“Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes kemalangan maut direkodkan tahun ini berbanding lapan kes tahun lepas, menunjukkan penurunan sebanyak 12.5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu kata Mancha, jumlah kematian juga menurun daripada lapan kes dicatatkan tahun lepas kepada tujuh kes kematian direkodkan pada Op Selamat 22/2024.

Mengulas lanjut katanya, pengguna motokar adalah golongan yang paling ramai terkorban dengan jumlah seramai empat orang atau 57.1 peratus dari jumlah keseluruhan iaitu seramai tujuh mangsa.

“Ini diikuti oleh pengguna motosikal iaitu seramai tiga individu bersamaa 42.9 peratus dan antara punca peningkatan jumlah kemalangan sepanjang tempoh tersebut adalah kerana kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri.

Baca lain  Insentif pintu masuk pegawai imigresen bakal diperluaskan ke Sabah, Sarawak

“Pengguna jalan raya gagal mengawal kenderaan semasa memandu iaitu melebihi had laju sehingga terbabas; bertembung depan dengan depan; cuai semasa keluar simpang dan langgar belakang.

“Faktor lain adalah faktor jalan dan bentuk muka bumi seperti jalan berlubang dan selekoh tajam selain keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik,” ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan