Cubaan seludup 3, 211 liter minyak diesel tidak berhasil

BINTULU: Pasukan Polis Marin Wilayah (PPMW) 5 Bintulu berjaya mematahkan cubaan
menyeludup minyak diesel 3,211 liter diesel anggaran nilai RM 97, 000 dalam satu Ops Landai, pagi tadi.

Dalam operasi jam 11 pagi Kilometer 10 Jalan Tun Hussein Onn itu, Pasukan Polis Marin Wilayah menahan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun yang merupakan pemandu lori.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu Salihin Den berkata semasa pemeriksaan ke atas sebuah lori yang mencurigakan di tepi jalan.

Hasil pemeriksaan,katanya, berjaya menemui 15 tong dram bekalan minyak diesel yang diletakkan pada bahagian belakang lori terbabit.

‘Hasil semakan mendapati pemandu lori terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit membawa bekalan diesel yang sah,’ujarnya dalam sidang media di pejabatnya, di sini.

Dengan penahanan suspek, Salihin yakin pihaknya berjaya menyelesaikan satu lagi kes cubaan menyeludup bahan api dalam kuantiti yang banyak, tanpa mendapatkan permit pembelian sah daripada KPDNHEP.

Kes, katanya lagi, akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM 1 juta atau penjara tiga tahun.

Beliau, dalam pada itu, meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan mencurigakan terutama melibatkan kes penyeludupan petrol atau diesel melaporkan kepada pejabat KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

Suara Sarawak