ARTIKEL

Kredit: IPD KLIA

Cubaan seludup dadah ke Sarawak gagal, dua lelaki dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Dua lelaki warga tempatan ditahan bersama 18.97 kilogram (kg) dadah disyaki methamphetamine dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 7 dan 8 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Azman Shari’at, berkata dadah yang dianggarkan bernilai RM607,200 itu dipercayai untuk dipasarkan ke Sarawak.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan menyembunyikan bungkusan dadah dalam kotak makanan dan mencampurkannya dengan bungkusan makanan ringan lain untuk mengaburi pihak keselamatan.

“Mereka seterusnya menggunakan perkhidmatan self check-in yang mungkin dianggap sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata suspek pertama ditahan pada 6.30 petang, 7 Feb lepas, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di kawasan balai pelepasan KLIA Terminal 2.

Beliau menambah, hasil pertanyaan dan siasatan lanjut, suspek telah membawa pasukan polis ke sebuah bilik hotel di sekitar Sepang, di mana mereka menemukan sebuah kotak mengandungi lapan bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 8.43 kg.

Susulan tangkapan tersebut, polis menahan suspek kedua di kawasan balai pelepasan KLIA Terminal 2 keesokan harinya dan merampas satu kotak mengandungi 10 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 10.54 kg.

Azman berkata jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh membekalkan kepada 94,875 orang penagih sehari.

Kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah.

“Saringan awal air kencing suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek kedua negatif. Kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.–BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu