KUCHING: Sebanyak enam karton minuman keras pelbagai jenama yang cuba diseludup telah dirampas di Ba’kelalan, semalam.
Jurucakap Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat berkata, rampasan bernilai RM1,200 itu dibuat oleh sepasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) pada jam 6 petang.

Katanya, kedua-dua pasukan tentera yang sedang menjalankan penugasan rondaan di Kg Punang Kelalan, Ba’kelalan, kira-kira 500 meter dari Indonesia telah menjumpai bungkusan hitam yang mencurigakan.

jenama Golden, dua karton minuman keras jenama Carlsberg dan dua karton minuman keras jenama Tiger.
“Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat empat karton minuman keras
jenama Golden, dua karton minuman keras jenama Carlsberg dan dua karton minuman keras jenama Tiger dalam bungkusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Ba’Kelalan untuk tindakan selanjutnya.






