KUCHING: Cubaan tujuh orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menceroboh masuk ke sempadan negara di kawasan Lubok Antu melalui jalan tidak sah pada 7 Disember lalu berjaya dipatahkan anggota keselamatan.
Menurut Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, kesemua mereka ditahan oleh Batalian Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD).
“Kesemua PATI ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mengaku ingin memasuki Malaysia melalui jalan tikus untuk mencari kerja di Malaysia.
“Kesemua PATI yang ditahan telah diusir dengan menyerahkan mereka kepada Tentera Nasional Indonesia.
“Pada masa sama, laporan polis berkaitan pengusiran tersebut dibuat di Balai Polis Lubok Antu,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, hari ini.
Dalam konteks ini, katanya, semua orang yang melintasi sempadan negara dinasihatkan menggunakan pas perjalanan yang sah seperti passport dan sebagainya.



