ARTIKEL

Cucu pemimpin Hamas yang cedera akibat serangan Israel meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Malak Haniyeh, cucu perempuan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan akibat serangan Israel yang mengorbankan ahli keluarganya yang lain pada hari pertama Aidilfitri, sumber perubatan memberitahu Agensi Anadolu. 

Tiga anak lelaki Ismail dan beberapa cucunya maut pada Rabu lepas dalam serangan udara Israel di sebuah kem pelarian di barat bandar raya Gaza. 

Serangan udara Israel itu menyasarkan sebuah kereta membawa keluarga Ismail di Kem Pelarian Al-Shati semasa mereka mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada penghuni kem berkenaan  sempena perayaan itu, saksi memberitahu Anadolu. 

Sumber perubatan memberitahu Anadolu serangan udara itu meragut nyawa tiga anak lelaki Ismail – Hazem, Amir, dan Mohammed – selain beberapa anak mereka dan mencederakan yang lain.
 
Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih 33,700 warga Palestin dan mencederakan 76,400 orang selain kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan mengakibatkan kekurangan bekalan keperluan. 
– Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim