ARTIKEL

CUEPACS Negeri Sarawak Julung Kali Anjur Program Ihya Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak buat julung kalinya telah menganjurkan Program Ihya Ramadan 1444H.

Program yang diadakan di Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak ini bertujuan memeriahkan dan mengimarahkan kedatangan bulan Ramadan kali ini.

Program Iftar Cuepacs.

Menurut Pengerusi CUEPACS Negeri Sarawak, Jubilee Jineh, program pengagihan bubur pedas kepada orang awam telah diadakan secara pandu lalu pada jam 4 petang di perkarangan pejabat CUEPACS Negen Sarawak di Jalan Bampfylde.

“Program ini diadakan dalam usaha mendekati Masyarakat serta mengindahkan Ramadan dan saya berharap juga supaya program ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat dan penjawat awam dinegen ini.

Merakam gambar kenangan selepas selesai majlis Iftar, terawih dan bacaan takbir pre raya.

“Pada petang semalam juga CUEPACS Negeri Sarawak turut mengadakan program berbuka puasa (Iftar),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat majlis Iftar dan Solat Terawih petang semalam.

Golongan wanita yang turut serta dalam program Ihya Ramadan.

Tambah beliau, pengisian program dimulakan dengan tazkirah ringkas Ramadan, bacaan doa majlis berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah dan bertarawih.

“Program Iftar Ramadan ini merupakan wadah yang terbaik buat semua ahli Kesatuan Gabungan CUEPACS dalam usaja mengenali lebih rapat antara satu sama lain sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha