ARTIKEL

Kabel yang disambung secara langsung ditemui di siling sebuah kedai di Desa Senadin, membongkar aktiviti perlombongan mata wang kripto.

Curi elektrik untuk lombong mata wang kripto

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) telah berjaya membongkar satu kes baharu melibatkan aktiviti perlombongan mata wang kripto di sebuah rumah kedai dua tingkat di Desa Senadin, baru-baru ini.

SEB dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kegiatan tersebut berjaya dikesan oleh cabang operasi dan runcitnya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO), dengan kerjasama pihak polis.

“Semasa serbuan bersama itu, satu sambungan elektrik secara haram ditemui di rumah kedai tersebut.

Kabel sambungan langsung yang membekalkan tenaga kepada 25 pelayan mata wang kripto telah ditemui tersembunyi di siling bahagian kaki lima bangunan, serta memintas meter elektrik.”

“Pemasangan haram ini menyebabkan kerugian bulanan dianggarkan sebanyak RM18,000 akibat penggunaan elektrik tanpa bayaran,” katanya.

Menurut SEB, penemuan ini adalah susulan kes serupa baru-baru ini di Vista Perdana, di mana sebuah hartanah sewa satu tingkat juga didapati memintas meter elektrik menggunakan kabel sambungan langsung.

Sementara itu, pada tahun 2024, SEB mendedahkan bahawa Miri telah mencatatkan 48 kes kecurian elektrik yang dikaitkan dengan perlombongan mata wang kripto.

Jelasnya, jumlah keseluruhan kes di seluruh Sarawak mencapai 56 dengan kerugian kewangan melebihi RM20 juta.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU