ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Curi telefon pintar, lelaki dipenjara tiga bulan dan denda RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 terhadap seorang lelaki tempatan kerana mencuri sebuah telefon pintar.

Irrizary Toni, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri sebuah telefon pintar jenama Honor milik seorang lelaki berusia 37 tahun di sebuah premis, Jalan Stutong, sekitar jam 10.40 pagi, 9 Februari lepas.

Zubaidah turut menjatuhkan hukuman penjara satu bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja premis telah hilang dicuri orang.

Kemudian, pengadu membuat semakan pada rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali mengambil telefon bimbitnya.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh di sebuah rumah di Taman Desa Ilmu, 12 Februari lepas.

Selain itu, tertuduh juga menjual telefon tersebut kepada seorang yang tidak dikenali secara rawak.

Baca lain  Rumah kosong di Kampung Pakit B terbakar

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

Jong-Ho dikagumi

Persembahan memukau kumpulan K-Pop Ateez masih menjadi bualan warganet setelah mempersembahkan koreografi dinamik dan kreatif, baru-baru ini. Choi Jong-ho ialah ahli termuda yang berjaya menyemarakkan