Trending

Dadah bernilai RM1.8 juta dirampas, jumlah terbesar tahun ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Polis Sarawak merampas dadah jenis syabu seberat 52.516 kilogram dianggarkan bernilai RM1.8 juta menerusi serbuan terhadap sebuah pangsapuri di Batu Kawa, pada Khamis.

Seorang lelaki warga tempatan berumur 18 tahun turut ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi.

Dadah jenis syabu seberat 52.516 kilogram dianggarkan bernilai RM1.8 juta dirampas menerusi serbuan sebuah pangsapuri di Batu Kawa pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, rampasan berkenaan merupakan yang terbesar di Sarawak untuk tahun ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Jika tidak dihukum mati, hukuman sebatan tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabit kesalahan,” katanya.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru