ARTIKEL

DADAH… Antara barang kes dan bahan disyaki dadah yang dirampas dalam dua kes berasingan hasil operasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak.

Dadah Bernilai RM8,650 Dirampas Dalam Dua Serbuan di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 164.39 gram dadah disyaki methamphetamine bernilai kira-kira RM8,650 dirampas dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kuching pada 26 dan 28 September lalu.

Operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan tiga individu tempatan, terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 43 hingga 56 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, rampasan terbesar membabitkan 157.20 gram methamphetamine bernilai kira-kira RM7,860 yang ditemukan hasil pemeriksaan terhadap seorang lelaki berusia 56 tahun.

Menurutnya, suspek ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak di tepi Lorong Satok kira-kira 5.45 petang pada 26 September lalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek dan pemeriksaan lanjut di rumahnya di kawasan Chong Ling Park menemukan dadah disyaki methamphetamine seberat 157.20 gram, bernilai kira-kira RM7,860,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Alexson berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek katanya direman selama empat hari bermula 27 hingga 30 September bagi membantu siasatan.

“Dalam serbuan kedua pula, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berusia 43 tahun di sebuah rumah di Kampung Semerah Padi kira-kira 1.40 petang pada 28 September.

“Hasil pemeriksaan menemukan 7.19 gram methamphetamine bernilai kira-kira RM790,” ujarnya.

Alexson berkata, kedua-dua suspek masing-masing mempunyai enam dan tujuh rekod jenayah lampau, menjadikan keseluruhan 18 rekod bagi ketiga-tiga individu yang ditahan dalam dua serbuan berkenaan.

Kedua-duanya kata beliau didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine menerusi ujian saringan awal air kencing.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-duanya direman selama empat hari bermula 30 September hingga 3 Oktober bagi membantu siasatan,” katanya.

End

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha