KUCHING: AADK Sarawak berkongsi satu kenyataan berkaitan bahaya dadah dalam page Facebook mereka
“Jangan membatasi diri dengan dadah. Ketagihan bukan hal yang boleh diiremehkan dan untuk dicuba,” menurut kenyataan tersebut.
Dadah boleh menyekat potensi dan kebolehan diri manusia.
“Pusat pengajian atau tempat kerja adalah masa untuk mengembangkan peluang dan bakat,” ujar AADK Sarawak lagi.
Cari peluang untuk berkembang dan bukan jadikan dadah sebagai perangkap diri.
AADK menyediakan talian hotline untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan iaitu1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233.
Sila layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



