ARTIKEL

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kolej Universiti i-CATS Nurulhuda Nadziri

Daftar STEM tingkatan empat, rekod di Sarawak paling rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang disifatkan sebagai enjin utama inovasi, pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan harus dikuasai ramai anak Sarawak.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kolej Universiti i-CATS Nurulhuda Nadziri berkata, jika tidak akan berlaku ketandusan bakat dan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang itu.

Bagaimanapun, katanya peratusan enrolmen pelajar STEM di tingkatan empat di Sarawak yang direkodkan paling rendah berbanding negeri lain masih boleh ditingkatkan.

“Kita bimbang kurangnya pelajar dalam STEM akan menyebabkan negara kehilangan modal insan berpotensi untuk menyokong pembangunan ekonomi yang berterusan dan inovasi dalam industri berkaitan STEM.

“Kekurangan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang STEM boleh menyebabkan ketidakserasian antara permintaan dengan penawaran pasaran kerja.

“Industri yang bergantung kepada kemahiran STEM mungkin menghadapi kesukaran dalam mencari pekerja yang berkelayakan, sementara individu yang berpotensi untuk berkerja dalam bidang tersebut mungkin mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Perunding Mathematics Centre for Advisory Resources and Education (m-CARE) itu menjelaskan, kekurangan minat dalam bidang ini boleh mengakibatkan Sarawak kehilangan peluang untuk mengembangkan industri berkaitan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan kejuruteraan.

Beliau optimis isu ini boleh ditangani dengan mengembangkan bidang itu agar lebih menarik di peringkat sekolah menengah dan rendah.

Dengan kata lain ujarnya harus interaktif, praktikal dan relevan dengan kehidupan seharian serta mempertimbangkan budaya tempatan.

“Selain itu, guru STEM memerlukan pelaksanakan latihan dan pembangunan profesional berterusan.

“Di samping itu, sekolah perlu dilengkapi infrastruktur dan kemudahan yang mencukupi termasuk makmal sains yang baik, akses kepada teknologi moden, dan pustaka yang menyokong bidang STEM.

“Saya juga melihat pentingnya program mentorship dan pembangunan kepimpinan khas untuk pelajar yang berminat dalam bidang STEM, membolehkan mereka mendapat panduan dan sokongan daripada profesional berpengalaman,” tambahnya.

Nurulhuda menambah, mempromosikan keusahawanan dalam bidang STEM dengan menyediakan peluang dan sokongan kepada pelajar untuk mengembangkan projek inovatif dan memulakan perniagaan berdasarkan pengetahuan STEM mereka.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU