ARTIKEL

Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani

DAG25: SDEC didik generasi muda kuasai AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) memperkenalkan pendekatan baharu dalam mendidik generasi muda mengenai kepintaran buatan (AI) melalui program interaktif pameran Galeri Seni Digital 2025 (DAG25): Pengembaraan Seni AI.

Pameran julung kali diadakan tersebut menggabungkan unsur kreativiti, pendidikan dan teknologi AI. Ia dianjurkan oleh Crave Asia Sdn Bhd dari 22 hingga 26 Oktober ini di Dewan Balai Rong, Makeramai Makerspace, Plaza Merdeka.

Datuk Sudarnoto Osman

Pengerusi SDEC, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, inisiatif berkenaan diadakan sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS2025) sebagai usaha memperluas kesedaran masyarakat berkaitan potensi AI dalam bidang seni dan pembelajaran digital.

“Jika mereka dilatih sejak awal, mereka akan menggunakannya untuk menjadi lebih kreatif sama ada dalam pendidikan, sains, matematik atau bidang lain,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini, hari ini.

Beliau menambah bahawa kesedaran awal penting bagi membolehkan generasi muda menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi.

Sekitar lawatan Mohamad Morshidi dan Sudarnoto pada pameran Galeri Seni Digital 2025 (DAG25): Pengembaraan Seni AI.

“Harapan kami adalah untuk memberi impak kepada pelajar yang menyertai program ini supaya mereka dapat belajar dan menukar AI menjadi sesuatu yang bermanfaat.

“AI bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi kini ia semakin maju dan kompleks. Oleh itu, kita perlu memastikan masyarakat memahami kedua-dua sisi positif dan negatif agar mereka dapat memanfaatkannya dengan betul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Datuk Sudarnoto Osman menjelaskan bahawa ArtVenture diperkenalkan dengan pendekatan lebih mesra pelajar berbanding pameran IDECS tahun lalu.

Tambah beliau, penganjuran ArtVenture memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka AI sambil menonjolkan kreativiti mereka.

Untuk rekod, IDECS 2025 yang berlangsung pada 22 dan 23 Oktober ini akan mengetengahkan tema AI & Evolusi Hijau: Pertumbuhan, Cabaran dan Daya Tahan Komuniti dengan menampilkan nama-nama terkemuka dalam bidang AI dan inovasi digital.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang