ARTIKEL

Gambar fail. Presiden AS, Donald Trump

Dakwaan Trump disangkal Iran, perjanjian belum pasti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Presiden AS, Donald Trump, mendakwa satu perjanjian dengan Iran akan dimeterai pada Ahad dan membuka semula laluan di Selat Hormuz kepada semua pihak.

Trump berkata perjanjian itu akan menjadi langkah menghalang pembangunan senjata nuklear oleh Tehran, selain mendakwa hubungan antara Washington dan Iran kini berada pada tahap lebih baik berbanding sebelum ini.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang terlibat dalam usaha pengantaraan, turut memaklumkan perjanjian berkenaan berpotensi dimuktamadkan dalam tempoh 24 jam, dengan persediaan bagi pemeteraian secara elektronik sedang dilakukan.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, menafikan pemeteraian akan berlangsung pada Ahad dan berkata pasukan perunding negara itu tidak mempunyai perancangan untuk menghadiri sebarang rundingan dalam tempoh dua hari akan datang.

Menurut Bernama, konflik antara AS, Israel dan Iran tercetus pada Februari lalu susulan pertikaian berkaitan program nuklear Tehran.

Ketegangan itu membawa kepada serangan balas Iran terhadap Israel dan sekutu AS di rantau Teluk serta penutupan Selat Hormuz yang menjejaskan eksport minyak dan gas global.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU