ARTIKEL

Dalang serangan masjid di Christchurch dihukum penjara seumur hidup tanpa parol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Penembak Christchurch yang membunuh 51 individu pada 2019 dalam serangan ke atas dua masjid di New Zealand, Brenton Tarrant, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar Herald.

Menurut akhbar berkenaan, hukuman diputuskan mahkamah itu adalah yang pertama dalam sejarah negara.

Pada 15 Mac 2019, New Zealand digemparkan dengan dua insiden tembakan besar-besaran di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch.

Tragedi itu menyebabkan 51 terkorban dan 50 yang lain cedera.

Penyerang, berasal dari Australia berusia 28 tahun, melakukan pembunuhan yang turut disiarkan secara langsung di Facebook, dan video itu kemudian turut tular di platform dalam talian yang lain.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU