ARTIKEL

Dana RM100 juta untuk industri agromakanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyediakan dana berjumlah RM100 juta kepada koperasi termasuk di Sarawak bagi mengembangkan industri agromakanan di Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia juga bagi membantu melonjakkan peratusan jaminan keselamatan makanan negara.

“Ini kerana bekalan makanan merupakan produk yang boleh menjadi satu peluang kepada gerakan koperasi di negara kita terutama di kawasan pedalaman melibatkan para petani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Dalam Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani di Imperial Hotel di sini, semalam.

Sementara itu kata Ewon, beliau berharap agar Sarawak dapat membentuk kerjasama strategik melalui satu jawatankuasa bersama diketuai kementeriannya yang terlibat dalam gerakan koperasi pertanian dan asas tani.

Katanya, ia supaya dapat memudahkan penyelarasan melibatkan sektor terbabit kepada gerakan koperasi seterusnya memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.

Selain itu katanya, sehingga 31 Disember 2022 sebanyak 1,159 bilangan koperasi didaftarkan dengan jumlah anggota seramai 310,178 orang dan jumlah syer/ yuran terkumpul sebanyak RM223.90 juta.

“Jumlah aset terkumpul berjumlah RM647.45 juta manakala sumbangan perolehan oleh gerakan koperasi Sarawak pada tahun lepas berjumlah RM392.84 juta.

“Daripada keseluruhan rekod tersebut terdapat 285 koperasi terlibat di bawah fungsi pertanian dengan keanggotaan seramai 18,341 orang dan jumlah syer/ yuran terkumpul sebanyak RM11.82 juta.

“Manakala jumlah aset terkumpul berjumlah RM58 juta.

Sumbangan perolehan secara keseluruhannya sebanyak RM173 juta yang merupakan penyumbang terbesar kepada perolehan gerakan koperasi Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah