ARTIKEL

SEPAK MULA…Jerip menendang bola sebagai simbolik perasmian Kejohahan Bola Sepak 9 Sebelah Edisi Kelima anjuran Belia Kampung Annah Sadir.

Dana RM40,000 anjur program, aktiviti belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Belia Kampung Annah Sadir, di sini menerima dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM40,000 untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti pada akan datang.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), dana tersebut diserahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Jalan dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Edisi Kelima anjuran Belia Kampung Annah Sadir pada Ahad.

Beliau yang juga Adun Mambong berkata, sebanyak RM20,000 dana tersebut diperuntukkan untuk tahun ini manakala RM20,000 lagi diluluskan untuk tahun 2025.

Katanya, persatuan tersebut aktif menganjurkan aktiviti sukan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara belia.

“Selain mengeratkan hubungan silaturahim, ia juga dapat menjauhkan golongan belia daripada terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Katanya lagi, bagi memantapkan lagi aktiviti sukan di kawasan Annah Sadir, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan kerjasama Belia Kampung Annah Sadir digesa untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi membangunkan sebuah kompleks sukan yang lengkap.

BERUCAP…Jerip berucap pada Majlis Perasmian Kejohahan Bola Sepak 9 Sebelah Edisi Kelima anjuran Belia Kampung Annah Sadir.

Dalam kejohanan tersebut, sebanyak 32 pasukan bola sepak telah mendaftarkan nama untuk berentap bagi merebut gelaran juara Piala Belia Sadir Edisi Ke-5 pada kali ini.

Pertandingan tersebut merupakan persiapan untuk mencari bakat yang akan diambil untuk mewakili pasukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong dalam kejohanan Piala Prima Bidayuh Edisi 2024 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Hadir sama, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Paul Mathiues Akin, Temenggon Bidayuh Bahagian Kuching Atok Derop dan Ketua Kaum Kampung Annah Sadir Bobby Ham William.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU