ARTIKEL

Dana sendiri pelajar UiTM menjayakan filem pendek ‘Kola Loompor’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penuntut filem Universiti Teknologi MARA (UiTM) memenangi Anugerah Keseluruhan (Best of the Best) di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-14 (FFVPM14) menerusi karya pendek ‘Kola Loompor’.

Karya itu turut membolot enam kategori lain iaitu Skrip Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik dan Rekaan Set Terbaik.

Pasukan produksi itu membawa pulang Geran Penerbitan Filem Pendek bernilai RM50,000 di bawah Dana Pemangkin Generasi MADANI.

Pengarahnya, Wan Nur Azwin Wan Nazrul Aisham, 24, atau Aween Aisham, berkata pasukannya mengumpul dana sendiri antara RM100 hingga RM1,200 seorang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pihaknya komited membuka ruang lebih luas kepada pembikin filem muda seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Bumi datar dan tembok ais

MENARIK tentang manusia, semakin banyak teknologi digunakan untuk menjelaskan dunia, semakin banyak pula persoalan muncul yang mencabar penjelasan tersebut. Di tengah-tengah kemajuan sains dan penerokaan

BERITA TERBARU

Ancaman siber luar jangka

SERANGAN siber kini bukan lagi sekadar ancaman ke atas sistem komputer, data peribadi atau institusi kewangan, sebaliknya mampu melumpuhkan operasi harian yang selama ini dianggap