ARTIKEL

Gambar Fail

Dana umrah untuk golongan memerlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Surau Al-Barakah Menara Kembar Bank Rakyat menyasarkan kutipan dana sebanyak RM600,000 menerusi inisiatif Tabung Infak Umrah bagi membantu golongan kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci.

Inisiatif berkenaan mendapat sokongan penuh Bank Rakyat selaku rakan kerjasama serta ikhlas.com, rakan rasmi AirAsia, dalam usaha mempromosikan kempen tersebut bagi memastikan sasaran kutipan berjaya dicapai.

Kutipan dana itu bermula pada 1 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 19 Februari 2026 melalui penggunaan kod QR Tabung Infak Umrah.

Pendekatan berkenaan diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara telus dan efisien.

Menurut penganjur, dana yang dikumpul akan digunakan untuk menaja kos ibadah umrah seramai 100 penerima terpilih dalam kalangan asnaf dan kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di laman web rasmi atau di mana-mana cawangan Bank Rakyat.

Pemohon perlu menyertakan kisah inspirasi umrah masing-masing sebagai asas penilaian.

Menariknya, permohonan bukan sahaja dibuka kepada individu yang ingin memohon bagi diri sendiri, malah boleh dikemukakan bagi pihak individu lain yang layak.

Semua permohonan akan dinilai oleh jawatankuasa khas yang dilantik.

Selain merealisasikan impian golongan kurang berkemampuan, inisiatif itu turut bertujuan menyemarakkan budaya infak, sedekah jariah dan amalan kebajikan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai diseru untuk bersama-sama menyumbang dan menyokong usaha berkenaan bagi mencapai sasaran kutipan, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai individu menunaikan ibadah umrah serta memperoleh ganjaran pahala berterusan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.