Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

DAP mahu kerajaan Sarawak perkenal perkhidmatan bas percuma

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: DAP Sarawak mencadangkan kepada kerajaan Sarawak supaya memperbaharui sistem pengangkutan awam negeri dengan memperoleh semua syarikat perkhidmatan awam berkenaan di bandar raya Kuching, Sibu, Bintulu dan bandar raya Miri.

Cadangan itu adalah antara 15 resolusi yang dipersetujui pada Konvensyen Tahunan DAP Sarawak ke-19 di sini, yang bertujuan untuk meningkatkan standard perkhidmatan bas.

“Sediakan perkhidmatan bas awam percuma kepada orang ramai dalam tempoh lima tahun pertama pelaksanaannya,” menurut DAP Sarawak dalam resolusi yang diedarkan kepada media semalam.

Selain melakukan pembaharuan dalam pengangkutan awam, DAP Sarawak telah menyatakan sokongan terhadap penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Sarawak serta pelaksanaan skim subsidi bahan api dengan mengekalkan harga siling sebanyak RM2.08 seliter di Sarawak, Sabah dan Labuan berkuat kuasa 1 Jan 2020.

Di samping itu, DAP Sarawak mahukan kerajaan  Sarawak melaksanakan dasar tanah yang adil dan saksama untuk semua dengan memberi jaminan hak-hak seperti pembaharuan pajakan tanah apabila tamat tempoh dan melindungi hak tanah pribumi Sarawak melalui pemberian hak milik tanah kepadaTanah Adat Bumiputera (NCR).

Baca lain  2.18 juta ekar tanah NCR berjaya disukat

DAP Sarawak turut menggesa kerajaan Sarawak supaya mematuhi prinsip ketelusan, keadilan dan tadbir urus yang baik dengan melaksanakan lima cadangan, iaitu yang pertama memperkenalkan Ordinan Kebebasan Maklumat untuk memberi akses kepada orang awam mengenai maklumat berhubung keputusan kerajaan.

Cadangan lain ialah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang kerajaan, melaksanakan tender terbuka untuk projek-projek kerajaan, pembidaan awam atau tender terbuka bagi penjualan dan pengasingan tanah kerajaan kepada pemaju atau syarikat perladangan.

Cadangan kelima pula adalah untuk menggesa kerajaan Sarawak memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri tanpa menghiraukan gabungan politik mereka.

DAP Sarawak juga mahu kerajaan Sarawak tidak mengambil sikap antagonis terhadap kerajaan persekutuan supaya kerajaan persekutuan dapat melaksanakan projek secara berkesan di negeri ini.

Resolusi 15 perkara itu telah diedarkan kepada media selepas perasmian konvensyen oleh Setiausaha Agung parti dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru