ARTIKEL

Dapatkan HONOR X9b 5G menerusi pelan menarik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Telefon pintar HONOR X9b 5G kini didapati menerusi pelan pascabayar menarik di CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes.

Dengan pakej tersebut, telefon pintar lasak dan mampu milik ini menjadi pilihan terbaik bagi pengguna yang mahukan peranti boleh dipercayai.

“Dapatkan HONOR X9b 5G percuma menerusi pelan pascabayar Yes Infinite+ Standard pada harga RM88 sebulan.

“Pakej ini menawarkan data dan kelajuan 5G tiada had, panggilan tanpa had dan data Hotspot 50GB,” kata HONOR dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, pengguna juga mampu jimat sehingga RM1,400 apabila mendaftar untuk pelan Maxis Postpaid 109.

Lebih menarik, HONOR X9b 5G turut didatangi dengan perlindungan retak depan dan belakang bagi tempoh 365 hari yang bernilai RM500.

Hadiah percuma turut diberikan apabila membeli HONOR X9b 5G dengan Maxis.

“Pelanggan kini miliki HONOR X9b 5G dengan CelcomDigi pada harga RM299 untuk kontrak 24 bulan atau RM599 dengan kontrak 12 bulan.

Menerusi pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 di bawah kontrak Pakej MegaJimat, pelanggan bakal menikmati rebat tambahan bulanan RM10 dan bayaran RM70 sebulan.

Selain itu, U Mobile turut menawarkan HONOR X9b 5G secara percuma menerusi pelan pascabayar U Postpaid 98 pada harga RM98 sebulan dengan kontrak 36 bulan.

“Pakej eksklusif ini tersedia dari 13 Disember 2023, termasuk data berkelajuan tinggi sebesar 1,000 GB, serta perayauan global dan panggilan masuk luar negara percuma di 63 destinasi,” kata HONOR.

HONOR X9b 5G mengetengahkan rekaan skrin canggih dan rintangan jatuh untuk kekal bertahan apabila terjatuh daripada pelbagai sudut, termasuk tembakan peluru bebola cat.

Telefon pintar ini juga hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya tambahan bersama-sama penstoran ROM 265GB untuk menyimpan semua gambar dan fail penting.

Selain itu, HONOR X9b 5G juga merupakan telefon pintar pertengahan pertama di Malaysia yang dikuasakan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, selain didatangi bateri berkapasiti besar 5800mAh.

Pada harga mampu milik sebanyak RM1,499, HONOR X9b 5G ditawarkan dalam warna Sunrise Orange, Midnight Black dan Titanium Silver.

Untuk maklumat lanjut HONOR X9b 5G, sila layari https:// bit.ly/HONORX9bPR.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU