ARTIKEL

Abang Johari (kanan) berbual bersama Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas. FOTO RAMIDI SUBARI

Dasar Pemilikan Negeri akan di bentang November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dasar Pemilikan Negeri atau Sarawak State Ownership Policy akan dibentangkan dalam Belanjawan Negeri 2026 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada November ini.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara tersebut penting untuk memperkukuhkan peranan dan akauantabiliti Syarikat Milik Kerajaan Negeri (SOE).

“Dasar ini akan menyatukan dan melindungi semua aset negeri di bawah rangka kerja tadbir urus yang lebih kukuh dengan menetapkan secara jelas bagaimana Sarawak melaksanakan pemilikan tersebut.

“Ia juga memastikan SOE beroperasi dengan disiplin komersial, tanggungjawab sosial dan kelestarian jangka panjang selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Racangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Sarawak dan Persidangan Ekonomi Sarawak di Hotel Sheraton Kuching, di sini, hari ini.

SOE berfungsi sebagai jambatan antara Kerajaan Sarawak dengan sektor swasta dan telah disyorkan oleh Bank Dunia malah merupakan yang pertama di Malaysia.

“Ia berperanan sebagai cabang strategik Sarawak dalam memacu perindustrian, menjamin keselamatan tenaga serta mewujudkan peluang yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Sarawak akan mengguna pakai Kod Tadbir Urus Korporat bagi SOE yang akan menetapkan penanda aras baharu bagi ketelusan dan amalan beretika.

“Dengan penjejakan prestasi digital, kita akan menilai hasil, bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi dari segi nilai sebenar yang disampaikan kepada rakyat — matlamat yang jelas, etika yang kukuh dan impak yang boleh diukur akan mentakrifkan kecemerlangan tadbir urus.

“SOE utama kita sudah menjadi peneraju: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menerajui sektor minyak dan gas; Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) memacu masa hadapan tenaga boleh diperbaharui; Sarawak Metro mentransformasikan mobiliti bandar; Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) memacu industri hiliran, pelancongan, dan perusahaan berasaskan agro; manakala Yayasan Sarawak melabur dalam bidang pendidikan dan bakat,” ujarnya.

SOE Sarawak sedang distruktur semula untuk beroperasi dengan kecemerlangan, disiplin dan matlamat yang jelas — mengimbangi kejayaan komersial dengan perkhidmatan awam yang berkesan.

“Reformasi institusi dan tadbir urus adalah penting untuk merealisasikan visi ini. Tadbir urus yang baik memastikan setiap pelaburan dan keputusan dasar berteraskan integriti, ketelusan, dan akauntabiliti.

“Kejayaan bergantung kepada kerjasama – kerajaan menyediakan hala tuju, sektor swasta memacu pertumbuhan dan SOE menjadi pemangkin industri strategik. Bersama-sama, kita membina Sarawak berpendapatan tinggi, berdaya tahan dan berteraskan rakyat menjelang tahun 2030, tegasnya.

Abang Johari menunjukkan Buku RMK-13 Sarawak pada Majlis Pelancaran RMK-13 Sarawak dan Persidangan Ekonomi Sarawak di Hotel Sheraton Kuching, di sini, semalam. FOTO RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan

Keselamatan perairan perlu kerjasama aktif masyarakat

BINTULU: Komuniti pesisir pantai perlu lebih proaktif membantu pihak berkuasa memelihara keselamatan perairan negara, termasuk menyalurkan maklumat segera mengenai sebarang aktiviti mencurigakan kepada Agensi Penguatkuasaan

BERITA TERBARU

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan