ARTIKEL

DASAR PROJEK LADANG SOLAR, INFRASTRUKTUR NUKLEAR ANTARA TUMPUAN SIDANG DEWAN RAKYAT HARI INI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dasar dalam memperkembang projek ladang solar dan pembangunan infrastruktur nuklear, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada, pada sesi soal jawab.

Selain itu, P. Prabakaran M Parameswaran (PH-Batu) pula meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kerjasama kementerian dengan negara-negara maju dalam teknologi tenaga nuklear seperti Perancis atau Jepun bagi membantu Malaysia membangunkan infrastruktur nuklear sebagai alternatif kepada sumber tenaga yang selamat dan efisien.

Pada sesi sama, Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) akan mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai usaha yang sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan bekalan air bersih disalurkan ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang belum mempunyai akses air bersih.

Beliau juga ingin tahu langkah-langkah konkrit yang diambil untuk menangani isu itu serta jangka masa pelaksanaannya.

Usai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 dan Perdana Menteri dijangka menggulung perbahasan berkenaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha